Orang Malaysia Menciptakan Hantu Jenglot !

Assalamualaikum,

Diharap semua sahabat alammistik98 semua sihat-sihat belaka,saya nak buat pesanan sikit buat para peminat banyak kali hubungi saya melalui sms dan email,saya jelaskan sekali lagi saya hanya berkongsi keindahan dan khasiatnya semua yang berlaku atas izin Allah S.W.T.Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih di atas komen dan pandangan anda yang begitu membina,dan semalam saya mendapat email dari sahabat kita dari Brunei Darussalam,dia menyatakan dia sanggup beli semua pusaka itu dengan harga yang begitu tinggi dalam matawang US(1 xxx xxx),sekali lagi saya nyatakan saya belum bersedia,nanti saya akan umumkan,sekarang kita berkongsi dahulu.Baiklah kita tinggalkan kisah ini kita teruskan kepada cerita hebat seterusnya kontroversi kewujudan JENGLOT.

Asal-usul

Jenglot asal-usulnya dipercayai ialah seorang petapa yang menuntut ilmu kebatinan tahap tinggi yang juga mempunyai nama lain yang mungkin anda sekalian tidak ketahui iaitu Bathara Karang.Inilah keterangan yang biasa bagi Jenglot seperti mummia dengan ukuran panjang 5 cm, ada yang melebihi 10 cm. Jenglot memiliki ciri khas, tubuhnya mirip tubuh manusia yang kurus kering seperti mummia, kukunya panjang sehingga mencapai 2 cm lebih, panjang rambutnya biasanya melebihi panjang tubuhnya, matanya hitam tak mempunyai putih , tidak boleh berkelip oleh itu sentiasa terbeliak.Makanannya mudah sahaja bagi yang ingin memiliki benda ini darah Tuannya dalam 30 cc dan dicampur dengan minyak saffaron.Syaratnya kena bagi makan setiap malam Jumaat,jadi amalan Hitam malam Jumaat.Jenglot in boleh dibahagi kepada empat jenis :

1. Jenglot Jantan –Khasiatnya boleh melindungi pemiliknya(Pendinding)

2. Jenglot Jantan(Bethoro Karang) -Khasiatnya lebih luas boleh memberi perlindungan dan Memberi kekayaan kepada pemiliknya.

3. Jenglot Betina(Bethoro Katon) -Khasiatnya memudahkan segala urusan dunia dan (Pengasih Tahap Tinggi).

Bagaimana jenglot ini menjadi hebat dan berkhasiat,kita kaji asal kejadiannya,pertama dibuat hampir 99% bahagian yang kebanyakkannya bahagian manusia dan haiwan yang paling kotor(maaf buat pembuat Jenglot)saya hanya berkongsi,sedikit.Kemudian di zikirkan mantera yang paling ampuh bacaannya sedikit di sini (reput aku reputlah kamu,datang balik bermandi darah setan duduk memujuk .Kemudian disajikan dengan benda yang paling berharga pafda manusia darah dan sedikit minyak saffaron dan akhirnya ditiup 99999 ekor pendamping(jin).Bayangkan khasiat yang akan dimiliki oleh Jenglot ini.Baiklah cukup untuk hari ini ,selepas ini saya akan bicarakan pantang-larang benda ini………….ini sangat menarik bagi yang sering diganggu,tanda-tandanya dan sebagainya……………..

Tunggu.......................tapi sebelum itu saksikan dulu sedikit cenderamata untuk tatapan anda sekalian.


JENGLOT
Assalamualaikum,hari ini saya beritahu caranya menjauhkan diri daripada benda yang bernama Jenglot ini,ada banyak cara tapi saya beritahu yang paling kuat penghalangnya.
  1. Menggunakan darah Kambing yang disembelih dan disimbahkan ke sekeliling rumah dan diniatkan menghalang Jenglot.
  2. Menggunakan limau yang dicucuk paku dan duri limau gajah digantung di dalam rumah.
  3. Menggunakan gunting yang sudah lama,maksudnya tidak dipakai lagi lalu digantung ditingkap rumah.
Inilah 3 cara yang paling mudah untuk anda buat,dipermudahkan untuk anda semua gunakan.Insyaallah boleh menjauhkan Jenglot.

Sumber : http://www.indobuysell.com/forum/Orang-Malaysia-Mencipta-Hantu-JENGLOT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Belajar Bahasa Inggris